| PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PUSAT (BANDAR SERI BEGAWAN)
|
| JALAN ELIZABETH II, |
| BANDAR SERI BEGAWAN, BS8711 |
| TEL: 673 2235501 / 673 2222135 |
| FAX: 673 2224763 |
| EMEL: kb_perpustakaan@brunet.bn |
SEJARAH PENUBUHAN
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
telah ditubuhkan sementara dibawah Jabatan Pelajaran pada tahun 1963.
Pada 29 September 1965 iaitu mengambil sempena Perlembagaan Negeri
Brunei 1959, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Maulana Al-Sultan Sir Muda Omar 'Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien
telah menyempurnakaan perletakan batu asas bagi bangunan Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei di Jalan Elizabeth II mula di buka rasmi pada 29 September 1968 oleh Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah Pengiran Muda Haji Mohd Alam. Walaubagaimanapun Bahagian Perpustakaan hanya memulakan perkhidmatan kepada orang ramai pada 21 November 1968 dan bahan perpustakaan hanya boleh digunakan sebagai rujukan sahaja.
Pada 1 September 1971 Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei memulakan perkhidmatan peminjaman kepada pengguna. Beberapa perkhidmatan lain mula diperkenalkan seperti Perkhidmatan Peminjaman, Perpustakaan Rujukan dan Perpustakaan Bergerak. Mulai dari tarikh ini, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei memainkan peranan utama sebagai sebuah perpustakaan awam yang pertama di negara ini.

Kembali ke atas...
UNIT-UNIT DI BAHAGIAN PERPUSTAKAAN
- UNIT PENTADBIRAN & PENGURUSAN
- UNIT PERKHIDMATAN PENGGUNA PEMINJAMAN
- UNIT BRUNEIANA, PENERBITAN & RUJUKAN UMUM
- UNIT PERKEMBANGAN & PENYELIDIKAN, TEKNOLOGI MAKLUMAT & TEKNISYEN
- UNIT KATALOG DAN PEROLEHAN
- UNIT PEMULIHARAAN
Kembali ke atas...
WAKTU PERPUSTAKAAN DIBUKA
|