Government of Brunei
| LAMAN UTAMA | MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
line decor

 
 
PERKHIDMATAN SUMBER MEDIA

Perkhidmatan Sumber Media khusus mengumpul bahan sumber media.  Beberapa perkakasan disediakan untuk keperluan penggunaan bahan perisian.

 

KOLEKSI SUMBER MEDIA

Koleksi sumber media terdiri daripada bahan-bahan seperti: Pita audio, pita video, kit aneka media, gambar, peta, slaid, microfilem, poster, kalendar, sampul surat hari pertama, poskad, cakera padat dan piring hitam.


TUJUAN

  • Mengumpul dan memberigakan bahan sumber media terutama yang berkaitan dengan Negara Brunei Darussalam.
  • Menyediakan perkhidmatan yang komprehensif kepada masyarakat melalui Sumber Media.
  • Menggalakkan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

PENGGUNA

Pengguna terdiri dari orang ramai, pegawai kerajaan, penyelidik, siswa pengajian tinggi dan pelajar sekolah.

Kembali ke atas...


PERKHIDMATAN

Perkhidmatan ini menyediakan kemudahan penggunaan pita video dan pita audio, alat membaca mikrofilem dan mikrofis.


CARA MEMOHON

  • Pengguna hendaklah mengisi borang permohonan. Semua bahan hanya boleh dirujuk di Perkhidmatan Sumber Media sahaja.
  • Senarai tajuk/perkara disediakan untuk kemudahan rujukan pengguna.

PERATURAN MERUJUK

  • Semua peralatan sumber median akan dikendalikan oleh pegawai bertugas.
  • Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada pegawai yang bertugas.
  • Pengguna tidak dibenarkan membawa bahan mereka sendiri untuk digunakan dengan peralatan yang terdapat di Perkhidmatan Sumber Media.
    Segala peralatan perkakas Perkhidmatan Sumber Media tidak dibenarkan dibawa keluar daripada Unit ini.

Kembali ke atas...