Government of Brunei
| LAMAN UTAMA | MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
line decor

 
 
PERKHIDMATAN SEKOLAH DAN KERTAS-KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN

Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah menawarkan perkhidmatan untuk kegunaan penuntut-penuntut sekolah,Maktab dan institusi di Negara Brunei Darussalam. Perkhidmatan Sekolah disediakan khusus bagi para pelajar/pengguna dengan koleksi yang lebih memfokuskan kepada bahan pembelajaran dan panduan menghadapi peperiksaan.


TUJUAN

  • Menggalakkan pelajar/pengguna datang ke perpustakaan dan menggunakan bahan bacaan yang berbentuk pembelajaran.
  • Sebagai garispandu dan membantu pelajar/pengguna dalam menghadapi peperiksaan.

KOLEKSI

  • Kertas Soalan Peperiksaan GCE 'A' Level.
  • Kertas Soalan Peperiksaan GCE 'O' Level.
  • Kertas Soalan Peperiksaan BJCE.
  • Kertas Soalan PMB.
  • Kertas Soalan PSR.
  • Kertas Soalan STPU.
  • Kertas Soalan Peperiksaan Calon Sekolah Arab.
  • Kertas Soalan Peperiksaan Agama.

Perkhidmatan ini juga menyediakan buku-buku yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah.


PENGGUNA

  • Terbuka kepada pelajar/pengguna yang mengambil peperiksaan PSR, PMB, GCE O Level, GCE A Level, STPU, SSRA dan peperiksaan pemilihan calon ke sekolah Arab.
  • Keahlian bagi perkhidmatan ini tidak ada dikhususkan, jadi keahlian dari perkhidmatan yang lain boleh digunakan untuk meminjam bahan-bahan di Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah.

PERKHIDMATAN

  • Menyediakan bahan mengikut sukatan pelajaran yang mengandungi soalan dan jawapan sebagai panduan.
  • Menganjurkan ceramah menghadapi peperiksaan.
  • Perkhidmatan salinan/fotostat dikenakan dengan bayaran 10 sen sekeping (A4).

PINJAMAN

  • Ahli Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dibolehkan meminjam bahan yang terdapat di Perkhidmatan Sekolah.
  • 5 unit bahan boleh dipinjam pada satu masa dalam tempoh dua minggu.
  • Semua bahan yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
  • Ahli adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada bahan yang dipinjam.
  • Bahan yang terdapat di perkhidmatan Perpustakaan Sekolah boleh dipinjam dengan tempoh:

    • 3 hari untuk bahan Kertas Soalan
    • 14 hari untuK bahan buku

BUKU TEKS

  • Pelajar/pengguna yang hendak membawa buku teks persendirian dikehendaki mengisi borang kebenaran yang disediakan di kaunter peminjaman.
  • Pelajar/pengguna yang membawa buku teks hendaklah menyerahkan buku-buku mereka untuk pemeriksaan sebelum masuk dan keluar dari Perpustakaan.

Kembali ke atas...