Government of Brunei
| LAMAN UTAMA | MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
line decor

 
 
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN MUDA-MUDI

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan perkhidmatan ini untuk memenuhi kehendak muda-mudi dengan menyediakan bahan bacaan yang bersesuaian untuk kerja sekolah, maklumat masyarakat. Perkhidmatan Perpustakaan Muda-Mudi  menyediakan perkhidmatan peminjaman dan rujukan khusus untuk remaja yang berumur 12 hingga 20 tahun.


TUJUAN

  • Menggalakkan para remaja menggunakan perpustakaan.
  • Memperluaskan dan menggalakkan penggunaan bahan perpustakaan dan memupuk budaya membaca.

BAHAN YANG TERDAPAT DI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN MUDA-MUDI

  • Koleksi fiksyen dan non-fiksyen.
  • Bahan untuk Kerja Sekolah dan Hobi.

KEAHLIAN

Terbuka kepada remaja berumur 12 hingga 20 tahun.


PEMINJAMAN/PEMULANGAN

  • Pengguna hendaklah menunjukkan tiket semasa meminjam buku.
  • 5 naskhah buku boleh dipinjam pada satu masa dalam tempoh dua minggu.
  • Pinjaman boleh dibuat di semua perpustakaan Daerah/Cawangan / Perpustakaan Bergerak.
  • Semua buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
  • Ahli adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku yang dipinjam.
  • Buku yang hilang hendaklah diganti dengan buku yang sama atau dengan bayaran.

TIKET HILANG/ROSAK DAN TUKAR ALAMAT

Setiap ahli hendaklah melaporkan tiket hilang/rosak dan pertukaran alamat.


TEMPAHAN

Ahli dibenarkan menempah 5 naskhah buku dengan mengisi borang yang disediakan. Buku yang ditempah jika tidak dituntut dalam tempoh 7 hari setelah menerima makluman adalah dibatalkan.


Perkhidmatan Muda-Mudi juga menawarkan Program keahlian Kelab Perkhidmatan Perpustakaan Muda-Mudi yang menjalankan pelbagai aktiviti seperti lawatan, berkelah, membuat kerja-kerja amal dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang telah atau sedang dijalankan sila layari laman web tidak rasmi Kelab Ahli Perpustakaan Muda Mudi di http://www.ppmm-club.blogspot.com

Kembali ke atas...