Government of Brunei
| LAMAN UTAMA | MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
line decor

 
 
SISTEM PERKHIDMATAN PEMINJAMAN KELOMPOK

PENGENALAN

Perkhidmatan ini disediakan khusus bagi agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha untuk menanamkan tabiat suka dan gemar membaca dikalangan segenap golongan masyarakat di negara ini.


TUJUAN

Antara tujuan Perkhidmatan Sistem Peminjaman Kelompok ini ialah :-

  • Mendokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjaga kepentingan dan menggalakkan masyarakat celek ilmu pengetahuan.
  • Untuk memberikan kesempatan kepada segenap golongan masyarakat dalam mendapatkan dan menggunakan bahan-bahan perpustakaan.
  • Memberikan kesedaran kepada segenap golongan masyarakat akan kepentingan membaca.
  • Kearah melahirkan dan mengujudkan masyarakat Brunei yang  berilmu pengetahuan dan bermaklumat.
  • Melestarikan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat. 

SYARAT-SYARAT  PEMINJAMAN

Syarat-syarat peminjaman bagi perkhidmatan ini adalah seperti berikut :-

  • Setiap peminjam adalah dimestikan untuk menjadi ahli kepada Perkhidmatan Perpustakaan Dewasa atau Muda-Mudi, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Peminjam hendaklah terlebih dahulu menghadapkan permohonan bertulis pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Peminjam hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang dipinjamnya dengan memastikan bahan-bahan tersebut dalam keadan baik dan sempurna semasa peminjaman dibuat dan semasa pemulangan bahan.
  • Sebanyak 100 – 200 buah buku boleh dipinjam dalam tempoh masa 2 minggu.
  • Tatacara pemilihan buku yang hendak dipinjam hendaklah dilakukan sendiri oleh para peminjam.
  • Peminjam adalah dipertanggungjawabkan untuk membayar buku yang hilang ataupun rosak mengikut harga buku tersebut atau menggantinya dengan tajuk buku yang sama semasa dalam tempoh peminjaman.

Kembali ke atas...