Government of Brunei
| LAMAN UTAMA | MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
line decor

 
 
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN KANAK-KANAK

Perkhidmatan Perpustakaan Kanak-Kanak menyediakan perkhidmatan peminjaman dan rujukan khusus untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah.


TUJUAN

  • Menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk merangsang imaginasi dan memperkembangkan minda.
  • Menggalakkan penggunaan perpustakaan dan memupuk budaya membaca.

KEAHLIAN

Terbuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah.


KOLEKSI

  • Bahan bacaan mudah untuk kanak-kanak sehingga 5 tahun.
  • Buku bergambar untuk semua.
  • Fiksyen dan buku cerita untuk kanak-kanak.
  • Buku non-fiksyen dan buku rujukan.
  • Permainan berasaskan pendidikan dan elektronik seperti geosafari, mathsafari dan sebagainya.

Komputer juga ada dIsediakan di perpustakaan kanak-kanak untuk tujuan belajar dan menimba ilmu.


PEMINJAMAN/PEMULANGAN

  • Pengguna hendaklah menunjukkan tiket semasa meminjam buku.
  • 5 naskhah buku boleh dipinjam pada satu masa dalam tempoh dua minggu.
  • Pinjaman boleh dibuat di semua perpustakaan Daerah/Cawangan / Perpustakaan Bergerak.
  • Semua buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
  • Ahli adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku yang dipinjam.
  • Buku yang hilang hendaklah diganti dengan buku yang sama atau dengan bayaran.

TIKET HILANG/ROSAK DAN TUKAR ALAMAT

Setiap ahli hendaklah melaporkan tiket hilang/rosak dan pertukaran alamat.


TEMPAHAN

Ahli dibenarkan menempah 2 naskhah buku dengan mengisi borang yang disediakan. Buku yang ditempah jika tidak dituntut dalam tempoh 7 hari setelah menerima makluman adalah dibatalkan.

Kembali ke atas...