Government of Brunei
| LAMAN UTAMA | MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
line decor

 
 
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DEWASA

Perkhidmatan Perpustakaan Dewasa menyediakan perkhidmatan peminjaman khusus untuk pengguna yang berumur 21 tahun keatas.


TUJUAN

  • Menggalakkan orang ramai untuk menggunakan perpustakaan.
  • Melebarkan dan penggalakkan penggunaan bahan perpustakaan.
  • Menyediakan khidmat nasihat.
  • Menyediakan bahan dan maklumat umum, penerangan dan rekreasi.

KEAHLIAN

Terbuka kepada orang ramai berumur 21 tahun keatas.


PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN

  • Pengguna perlu membawa kad ID ketika mebuat sebarang urusan di kaunter perkhidmatan.
  • Pengguna dibenarkan meminjam 5 naskhah buku pada satu masa dalam tempoh dua minggu.
  • Proses peminjaman boleh dibuat dimana-mana cawangan perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Perpustakaan Bergerak.
  • Semua buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh pemulangan.
  • Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya keatas semua bahan yang dipinjam.
  • Buku yang hilang atau rosak hendaklah diganti dengan buku yang sama atau dengan wang tunai.
  • Pengguna hendaklah melaporkan sebarang kehilangan kad ID atau pertukaran alamat secepat mungkin ke kaunter perkhidmatan.

TIKET HILANG/ROSAK DAN TUKAR ALAMAT

Setiap ahli hendaklah melaporkan tiket hilang/rosak dan pertukaran alamat.


TEMPAHAN

Pengguna adalah dibenarkan membuat sebarang tempahan buku sehingga 5 buah dengan mengisikan borang yang disediakan. Buku yang ditempah akan disimpan di kaunter perkhidmatan sehingga 7 hari dari tarikh tempahan mula dibuat. Buku yang ditempah jika tidak dituntut dalam tempoh 7 hari setelah menerima makluman adalah dibatalkan.

Kembali ke atas...