Government of Brunei
| LAMAN UTAMA | MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
line decor

 
 

PERKHIDMATAN ISBN

Borang Permohonan ISBN

SENARAI ISBN 2011

Apa itu ISBN( International Standard Book Numbering)?

ISBN (Nombor Buku Piawaian Antarabangsa)ialah nombor 10 angka yang unik bagi pengenalan buku yang diterbitkan di peringkat antarabangsa dan membolehkan para penerbit, pembekal buku dan perpustakaan di merata dunia menjejak dan membuat pesanan bagi sesebuah buku dengan mudah. Mulai 1 Januari 2007 ISBN bertukar daripada 10 angka kepada 13 angka. Semua sektor perniagaan buku dan perpustakaan akan terjejas dengan pertukaran ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Kebangsaan ISBN, Unit Perolehan, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.


Siapa layak bagi ISBN?

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka  Brunei merupakan Agensi ISBN di Negara Brunei Darussalam. Jika awda ingin menerbitkan buku atau risalah setebal 15 halaman atau lebih, bahagian ini boleh menyediakan ISBN kepada awda.


Faedah apakah yang dapat diraih oleh para penerbit melalui ISBN?

  • ISBN merupakan set nombor yang unik, digunakan oleh penerbit, penjual buku dan perpustakaan untuk membuat pesanan dan sebagai senarai kerana ianya mampu untuk mengenali sebarang judul, edisi dan di dalam apa jua bahasa di mana sahaja di dunia.

  • Ia merupakan sistem pengedaran perniagaan menjadi lebih cekap dan berkesan dengan menyediakan cara perhubungan yang berguna dan cermat antara penerbit dan pembekal.

  • Ia sesuai untuk digunakan sebagai nombor penjagaan bagi kawalan inventori, akaunting dan pendaftaran masuk dan tuntutan.

  • Ia menyediakan publisiti bagi penerbit melalui penyenaraian di dalam Direktori Penerbit Antarabangsa ISBN yang disusun oleh Agensi Antarabangsa di Eropah setiap tahun.

.Apakah format ISBN?

Di bawah sistem yang ada sekarang, 10 angka dibahagi kepada empat bahagian oleh ruang kosong atau tanda sempang.  Sila lihat contoh berikut :

ISBN 99917-0-516-3

99917ialah kumpulan untuk mengenal negara, kawasan atau bahasa para penerbit.

0ialah nombor awalan yang mengenai penerbit atau percetakan.

516ialah nombor judul yang mengenali sesuatu judul, kulit jilid atau edisi sesuatu judul.

3” ialah angka pengesahan yang mengesahkan secara matematik nombor yang lain.

Apabila sistem bertukar pada 1 Januari 2007 kepada 13 angka, sistem 10 angka yang ada sekarang akan ditukar dengan mengimbuhkan ia dengan tiga angka yang mewakili perusahaan buku dan angka pengesahan akan dihitung semula.


Bilakah ISBN dikeluarkan?

  1. Untuk buku bercetak, risalah yang mempunyai sekurang-kurangnya lima belas halaman, penerbitan mikrofis, pembacaan buku dalam kaset, buku elektronik, alat pelbagai media yang mempunyai bahan cetakan, penerbitan elektronik seperti pita yang direka untuk menghasilkan percetakan yang dapat dibaca.  CD-ROM, media yang seumpamanya termasuk filem/video pengajaran dan sofwe komputer.

  2. Edisi baru judul penerbitan tetapi bukan percetakan semula buku yang sama tanpa sebarang perubahan.

  3. Setiap edisi buku yang dikeluarkan semula jika ia mempunyai format yang berlainan ( contoh mikrofilem, cetakan huruf besar), atau berlainan kulit jilid (kulit lembut atau kulit tebal), atau taipset ,judul,pengarang atau penerbit telah bertukar, atau terdapat sebarang pertukaran pada saiz, teks atau ilustrasi.

  4. Untuk setiap buku dalam satu set buku, ISBN juga diperlukan bagi set buku itu. ISBN bagi setiap buku dan set buku harus dicetak pada setiap buku

  5. Untuk setiap bahan yang tidak diberikan ISBN apabila ia pertama kali diterbitkan dan kini ingin dicetak sekali lagi.

  6. Untuk setiap buku yang diterbitkan bersama, kecuali bukunya boleh didapati daripada kedua-dua penerbit, ia harus mempunyai ISBN bagi setiap penerbitnya.

  7. Cetakan faksimile yang dihasilkan oleh penerbit yang lain.

  8. Sumber elektronik monograf yang kekal dan mempunyai nilai komersial.

Di manakah ISBN harus dicetak?

ISBN  harus dicetak di belakang halaman judul dan di bahagian bawah kulit buku atau jaket buku.  Bagi penerbitan elektronik atau buku audio, ISBN harus dicetak pada label sarungnya seperti kaset, disket, atau CD-ROM, ISBN juga perlu ditayangkan pada tayangan pertama CD-ROM, dan di judul utama filem dan video.  ISBN perlu dicetak seperti apa yang dikeluarkan oleh agensi ISBN untuk memastikan pengesahannya. 


Bagaimana ISBN digunakan bersama barkod dan bagaimana untuk memperolehi barkod?

ISBN boleh diterjemahkan ke dalam format barkod yang diakui  seluruh dunia.  Anda boleh mendapatkan barkod daripada pembekal barkod. 


Bagaimana membuat permohonan bagi ISBN?

Kesemua penerbit, persatuan, institusi, individu dan sebagainya yang mempunyai alamat dan beroperasi di Negara Brunei Darussalam boleh mendapatkan ISBN daripada  Pusat kebangsaan ISBN, Perpustakaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.  Sebarang penerbit yang memenuhi keperluan di atas, boleh membuat permohonan bagi mendapatkan ISBN dengan melengkapkan borang permohonan yang boleh didapati di pusat ini dan memulangkan borang permohonan melalui emel, faks, pos atau datang ke unit Perolehan, Bahagian Perolehan, Tkt 4, Bahagian Perpustakaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan,BS 3510.  Anda juga boleh menelefon/faks untuk mendapatkan salinan borang  permohanan.  Permohonan untuk mendapatkan ISBN perlu dibuat sebelum penerbitan supaya ISBN dapat dicetak pada penerbitan anda.

Para penerbit yang merancang untuk membuat penerbitan secara tetap, boleh membuat permohonan bagi nombor pengenalan penerbit dan senarai ISBN.  Para penerbit bertanggungjawab untuk menyimpan rekod senarai ISBN yang telah diberikan.  Bagi mereka (individu, persatuan, syarikat) yang tidak menerbitkan secara tetap, ISBN akan dikeluarkan menurut permohonan bagi setiap penerbit.  Anda akan diberitahun akan permohonan ISBN anda melalui pos, faks atau emel.


Adakah bayaran bagi ISBN?

Pembekalan ISBN kepada penerbit warganegara Brunei merupakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh Pusat Kebangsaan ISBN. 


Berapa lama untuk mendapatkan ISBN?

Permohonan ISBN diproses dalam masa DUA HARI WAKTU BERKERJA bermula dari masa permohonan anda diterima. 


Apakah itu penyerahan bahan?

Apabila judul baru diterbitkan, satu naskah penerbitan itu harus diserahkan kepada Pusat Kebangsaan ISBN sebaik sahaja diterbitkan. 

Kembali ke atas...