Government of Brunei
| LAMAN UTAMA | MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
line decor

 
 
PERATURAN PERPUSTAKAAN
  • Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk sebarang benda yang boleh mengganggu perkhidmatan perpustakaan atau pengguna lain.

  • Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan , kerosakan, barang-barang persendirian yang ditinggalkan di luar dan di dalam perpustakaan.

  • Adalah menjadi kesalahan untuk merosakkan atau memusnahkan sebarang harta benda kepunyaan perpustakaan.

  • Amalan bersenyap hendaklah dipatuhi.

  • Pengguna tidak dibenarkan tidur atau baring di atas kerusi, meja atau lantai perpustakaan.

  • Pengguna tidak dibenarkan makan, minum, merokok, menyalakan gores api atau berludah di mana-mana bahagian perpustakaan.

  • Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan bersih.

  • Pengguna tidak dibenarkan berjual beli di dalam atau di perkarangan perpustakaan.

  • Pihak perpustakaan mempunyai kuasa melarang dan meminta pengguna yang menimbulkan gangguan serius untuk meninggalkan perpustakaan.

  • Koleksi Rujukan dan Maklumat dan Bruneiana adalah untuk bahan rujukan sahaja.

  • Keselamatan bahan adalah tanggunjawab pengguna sehingga bahan tersebut dikembalikan.

Kembali ke atas...


 

POLISI PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN PERPUSTAKAAN

  1. Jika pengguna hendak meminjam bahan/buku koleksi perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah mendaftar sebagai AHLI PERPUSTAKAAN terlebih dahulu.

  2. Borang akan diberi kepada yang berminat dan hendaklah diisi dengan lengkap, jika tidak lengkap permohonan tidak akan dilayan.

  3. Borang hendaklah dikembalikan bersama:-

    • Bagi pemohon warganegara Brunei hendaklah disertakan bersama SALINAN Kad Pintar (i/c) / Surat Beranak pemohon sahaja.

    • Bagi pemohon bukan warganegara Brunei (luar negara) hendaklah disertakan bersama SALINAN Kad Pintar (i/c) / Surat Beranak Pemohon dan SALINAN Kad Pintar Penjamin (Guarantor).

  4. Setiap pemohon dengan sendirinya menjadi AHLI PERPUSTAKAAN. Setiap ahli akan diberi 1 ID KAD untuk dijadikan paspot peminjaman dan pemulangan.

  5. Setiap kali membuat peminjaman dan pemulangan, hendaklah dibawa bersama ID KAD tersebut.

  6. Hanya pemegang ID KAD sahaja yang dibenarkan membuat peminjaman. Tidak dibenarkan menggunakan ID KAD orang lain.

  7. Ibu bapa yang hendak membuat peminjaman untuk kanak-kanak hendaklah membawa bersama ID KAD kanak-kanak tersebut. Tidak dibenarkan menggunakan ID KAD Ibu Bapa atau Penjaga.

  8. Ahli Kanak-kanak hanya dibenarkan meminjam BUKU KANAK-KANAK dengan menggunakan ID KAD Kanak-kanak tersebut.

  9. Ahli Muda-mudi dan Dewasa dibenarkan meminjam BUKU MUDA-MUDI dan DEWASA tetapi tidak dibenarkan meminjam buku kanak-kanak.

  10. Setiap Ahli akan diberi peminjaman buku sebanyak 5 buah.

  11. Jika ahli sudah meminjam buku di Perpustakaan Pusat (BSB) sebanyak 5 buah, tidak dibenarkan lagi meminjam di kesemua cawangan perpustakaan. Kecuali dipulangkan dulu buku yang dipinjam tersebut.

  12. Peminjaman buku kanak-kanak, muda-mudi dan dewasa hanya diberikan selama 2 minggu. Jika gagal mengembalikan buku tersebut akan diberi peringatan.

  13. Pengguna yang ingin membuat tempahan (booking) buku perpustakaan, hendaklah menebusnya (mengambilnya) tidak lewat 2 minggu dari tarikh menempah. Jika gagal, buku yang ditempah akan dibatalkan. Jika ingin membatalkan tempahan hendaklah dimaklumkan segera samada melalui telepon atau berjumpa terus di kaunter.

  14. Pengguna / Ahli Perpustakaan hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Jika ada pengguna/Ahli yang mencurigakan pihak perpustakaan berhak mengeluarkan pengguna/ahli tersebut dari perpustakaan ini.

Kembali ke atas...