Government of Brunei
| LAMAN UTAMA | MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
line decor

 
 
KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Koleksi Peminjaman

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan koleksi peminjaman yang berbentuk monograf dalam pelbagai bidang perkara untuk dipinjam oleh pengguna perseorangan, persatuan-persatuan, institusi-institusi keranjaan dan lainnya. Koleksi ini boleh didapati di Perkhidmatan Perpustakaan Dewasa,  Perkhidmatan Perpustakaan Muda-Mudi,  Perkhidmatan Perpustakaan Kanak-Kanak, Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak,  Perkhidmatan Peminjaman Kelompok dan di semua cawangan perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di setiap daerah.


Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan dari tahun 2001 sehingga 2009 seperti PSR, PCE, PMB, 'AS' Level, GCE 'O' Level, GCE 'A' Level, Peperiksaan Darjah Enam Ugama, SPU ( Sijil Pelajaran Ugama ), STPU (Sijil Tinggi Pelajaran Ugama).


Koleksi Bahan Rekreasi

Koleksi ini merupakan alat bantuan belajar seperi Geosafari, Maths Safari, Polydron, CD-ROM, alat permainan dalam seperti scrabble, Catur, pasang, Congkak, Monopoly dan bahan lain yang digunakan untuk kegiatan perpustakaan terutamanya di musim cuti persekolahan.

Kembali ke atas...


Koleksi Rujukan Umum

Koleksi ini boleh di dapati di semua Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh negara. Koleksi ini terdiri daripada bahan monograf terbitan luar negara seperti buku, direktori, kamus, ensiklopedia, buku manual atlas, almanak dan thesaurus yang terdiri dari pelbagai subjek.  Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah 'R' ( Rujukan ) dan ianya tidak boleh dipinjam.


Koleksi Sains Perpustakaan

Koleksi ini merupakan koleksi khas yang menempatkan buku-buku yang berkaitan dengan bidang sains perpustakaan. Koleksi ini hanya boleh didapati di Perpustakaan Pusat Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat. Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah 'O' dan ianya tidak boleh dipinjam.

Kembali ke atas...


Koleksi Perubatan dan Kesihatan

Koleksi ini disediakan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai kesihatan dan memudahkan pengguna perpustakaan membuat rujukan. Koleksi ini hanya boleh didapati di Perpustakaan Pusat Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat. Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah 'M' dan ianya tidak boleh dipinjam.


Koleksi Keratan Akhbar

Koleksi ini mengumpulkan rencana / artikel yang didapati melalui keratan akhbar dalam dan luar negara. Pelbagai perkara yang dipilih seperti mengenai pertubuhan, kesihatan, pendidikan, kebudayaan, Teknologi Maklumat dan sebagainya yang berhubungkait dengan maklumat terkini. Koleksi ini disusun mengikut urutan nombor di mana indeks mengenai bidang oerkara yang berkaitan disusun mengikut abjad untuk memudahkan pencarian. Koleksi ini boleh didapati di semua Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh negara.


Koleksi Bruneiana

Koleksi Bruneiana terdiri daripada bahan-bahan terbitan Brunei yang berbentuk buku, majalah, suratkhabar, surat berita, risalah, kertas kerja, laporan persidangan dan tesis  yang mana keseluruhan atau sebahagian besarnya berhubung dengan Brunei dan Penduduknya, tidak terhad tempoh, tempat penerbitan atau bahasa yang digunakan. Koleksi ini bertujuan untuk mengumpul semua maklumat mengenai Brunei dan hasil penulis-penulis tempatan yang berbentuk monograf untuk rujukan orang ramai. Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah 'RB' (Rujukan Brunei) dan ianya tidak boleh dipinjam.

Kembali ke atas...


Koleksi Sumber Media

Koleksi ini terdiri menyediakan bahan-bahan dalam pelbagai format seperti kaset audio, kaset video, cekera audio, kit aneka media, gambar, peta, slaid, mikrofilem, poster, kalendar, sampul surat hari pertama, poskad, kad jemputan dan piring hitam yang diterbitkan di dalam dan luar negara.


Koleksi Terbitan Berkala

Koleksi ini menempatkan suartkhabar, majalah dan jurnal keluaran terkini dan kebelakangan yang boleh didapati di semua Perkhidmatan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh negara.


Koleksi Asia Tenggara

Koleksi ini mengumpulkan bahan mengenai Asia Tenggara yang meliputi Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Thailand, Cambodia, Laos, Vietnam dan Filipina. Koleksi ini mempunyai pelbagai bidang subjek termasuk ensiklopedia, Kertas persidangan, bulletin, majalah, dll. yang berkaitan. Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah 'AT' ( Asia Tenggara ) dan ianya tidak boleh dipinjam.

Kembali ke atas...