| LAMAN UTAMA | MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
line decor

 
 

 

 

Imbasan Kembali Sejarah dan Perkembangan Perpustakaan

 

Tarikh penting dalam perkembangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

  • 1963

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan seperti kebenaran dan    surat    keliling   Setiausaha   Kerajaan bil. 36/1962, Seksyen 4(1-d-ii).  Perpustakaan ini berpusat     sementara di Bangunan  Jabatan Pelajaran sebagai rujukan  sahaja.

  • 1 Jun 1963

Awang Kamaruddin bin Haji Omar, dari Malaysia dilantik sebagai Pegawai Perpustakaan.

  • 1 Januari 1965

Dewan   Bahasa    dan    Pustaka    Brunei   diisytiharkan menjadi sebuah institusi kerajaan. 

  • 29 September 1965

Peletakan batu asas  bangunan  baru  Dewan    Bahasa    dan    Pustaka     disempurnakan oleh Kebawah Duli   Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Sir  Muda  Omar  Ali  Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien

  • 24 Ogos 1967

Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei , Jalan Elizabeth II mula digunakan. Perkhidmatan perpustakaan dibukakan bagi pegawai dan kakitangan jabatan sahaja sebagai peringkat permulaan.
 

  • 29 September 1968

Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Jalan Elizabeth II dibuka rasmi oleh Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Pemancha Shahibul Rae’ Wal-Mashuarah Pengiran Muda Haji Mohd. Alam.

  • 1968

Miss Thelma T. Salazar  dari  negara Filipina  di lantik sebagai Ketua Perpustakaan.

  • 21 November 1968

Bahagian perpustakaan memulakan  perkhidmatan kepada orang ramai dan menggunakan bahan sebagai  rujukan sahaja.

  • 6 Jun 1970

Perpustakaan Bergerak memulakan perkhidmatan pertamanya di  Sekolah  Rendah  Sengkurong. 

  • 8 Ogos 1970

Pelancaran    perkhidmatan     Perpustakaan  Bergerak pertama di Kampong  Sengkurong oleh  Yang  Dimuliakan  Pehin  Orang  Kaya Laila Wangsa Awang  Mohd Salleh  Bin Haji Masri, Pesuruhjaya Masyarakat.

  • 1 September 1971

Memulakan perkhidmatan peminjaman kepada  pengguna.    Beberapa     perkhidmatan      telah disediakan  melalui   penubuhan   perpustakaan  iaitu Perkhidmatan Peminjaman, Perpustakaan Rujukan  dan  Perpustakaan  Bergerak.   Mulai  tarikh  ini,   Perpustakaan  Dewan  Bahasa  dan Pustaka   Brunei  memainkan   peranan   utama  sebagai    sebuah    Perpustakaan  Awam  yang  pertama di negara ini.

  • 14 Julai 1975

Cawangan Perpustakaan di Bandar Kuala Belait  ditubuhkan di Tingkat Dua, Bangunan di Dewan  Masyarakat,  Jalan   Bunga  Raya,  Kuala  Belait  (  bekas  bilik   bacaan,  Jabatan  Penyiaran  dan  Penerangan).

  • 1 September 1975

Cawangan Perpustakaan Tutong ditubuhkan di Jalan Enche Awang, Pekan Tutong (bekas  bangunan  bilik  bacaan,  Jabatan  Penyiaran dan Penerangan).

  • 8 Disember 1975

Cawangan Perpustakaan Temburong   ditubuhkan di  Bangunan  Kedai  Pekan   Bangar,  Temburong   ( bekas bangunan bilik bacaan, Jabatan Penyiaran  dan   Penerangan ).  

  • 12 Februari 1977

Cawangan Perpustakaan Seria  ditubuhkan di Jalan Bunga Melor, Seria ( bekas  bangunan bilik bacaan, Jabatan  Penyiaran  dan Penerangan).

  • 16 Februari 1978

Cawangan    Perpustakaan     Temburong   berpindah sementara ke  seberang sungai, Bangar Baru.

  • 19 Jun 1986

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Daerah Belait  dibuka rasmi Yang Teramat Mulia Paduka Seri  Pengiran Anak  Puteri Hajah Masna  Binti  Kebawah   DYMM  Maulana  Paduka  Seri Begawan   Sultan   Jeneral  Sir   Muda  Omar  Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien.

  • 8 Oktober 1988

Pelancaran “ Sistem Peminjaman Kelompok”  di Sekolah Rendah Kampong Saba Darat.

  • 23   Mei    1989

Cawangan Perpustakaan Temburong  Perpustakaan  berpindah sementara  ke   Kompleks    Kedai  Bumiputera  Temburong.

  • 1989

PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN

    •             PENTADBIRAN
    •             PEROLEHAN
    •             KATALOG
    •             PEMINJAMAN
    •             LANJUTAN
    •             PERKHIDMATAN RUJUKAN DAN MAKLUMAT
  • 1990          

Brulinet ditubuhkan.

  • 28 Feb 1990

Perpustakaan  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka  Brunei,  Cawangan  Seria dibuka rasmi oleh Yang   Mulia   Dato   Paduka   Awang   Haji Selamat   Bin   Munap,  Timbalan    Menteri  Kebudayaan  Belia  dan  Sukan .
 

  • 21 Jul 1992

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Daerah Tutong  dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha  Mulia  Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah Ibn  Al-Marhum Sultan Haji  Omar  Ali  Saifuddin  Sa’adul Khairi Waddien.

  • 1993

Cawangan Perpustakaan di Daerah dinaikan  Taraf  Sebagai Perpustakaan Daerah.

  • 22 Jul 1993

Bangunan Baru Perpustakaan Dewan Bahasa dan  Pustaka Daerah Temburong  dibuka perkhidmatan kepada orang ramai.

  • 13 Mei 2004

Peletakan Batu Asas Perpustakaan  Muara, Dewan Bahasa  dan  Pustaka  di  sempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya  Digadong Seri Lela Dato Seri  Paduka  (Dr.) Haji  Awang  Hussain bin Pehin Orang Kaya Di  Gadong Seri Diraja Dato Laila  Utama  Haji  Awang  Mohd  Yusof,   Menteri  Kebudayaan Belia dan Sukan  .

  • 26 Jul 2004

Peletakan Batu Asas Perpustakaan  Pandan, Daerah Belait, Dewan Bahasa  dan  Pustaka  di  sempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya  Digadong Seri Lela Dato Seri  Paduka  (Dr.) Haji  Awang  Hussain  bin Pehin Orang Kaya Di  Gadong Seri Diraja Dato Laila  Utama  Haji  Awang  Mohd  Yusof,   Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

  • 8 Disember 2005

Pembukaan rasmi Perpustakaan Muara, Dewan Bahasa dan Pustaka di sempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

  • 19 Disember 2005

Perletakan Batu Asas Perpustakaan Lambak Kanan, Dewan Bahasa dan Pustaka disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  • 3 Mei 2006

Pembukaan rasmi Perustakaan Kampong Pandan, Daerah Belait, Dewan Bahasa dan Pustaka disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  • 22 November 2006

Perletakan Batu Asas Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kampong Sengkurong disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.     
  • 18 Mac 2008

Pembukaan rasmi Perustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  • 23 Mac 2008

Pelancaran Sudut Bacaan Rumah Panjang Mendaram Besar, Labi II, Mukim Labi, Belait Oleh Yang Mulia Awang Haji Ahmad bin Haji Abd. Rahman, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  • 5 Jun 2008
Majlis Penyerahan dan Menepung Tawar Bas Baru Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  • 4 Ogos 2008

Pelancaran Sudut Bacaan Rumah Panjang Sibut, Temburong oleh Yang Mulia Dr. Mataim bin Bakar, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  • 24 Ogos 2008
Jubli Perak Peraduan Mari Bercerita Peringkat Negara, Tetamu Kehormat , Yang Mulia Dato Paduka Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
  • 20 Mei 2009
Majlis Pengurniaan Buku daripada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong.
  • 9 Jun 2009
Pelancaran Sudut Bacaan Rumah Panjang Amo, Temburong oleh Yang Mulia Awang Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Temburong.
  • 13hb. Mei 2010
Lawatan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan.
  • 15hb. Mei 2010
Lawatan Yang Mulia Awang Haji Morni bin Haji Mohammad, Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong.
  • 7hb. Jun 2010
Lawatan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Pembangunan Negara Brunei Darussalam ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan.
  • 30hb. Jun 2010
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan sempena Majlis Penyempurnaan Penganugerahaan Anak-anak kunci Rumah Di Bawah Rancangan Perumahan Negara dan skim Tanah kurnia Rakyat Jati Kampung Rimba, Kampung Tungku dan Kampung Madang bagi Daerah Brunei Muara.
  • 16hb. Disember 2010
Pelancaran Sudut Bacaan Balai Ibadat Dayang Hajah Aminah, Kampung Long Mayan, Tutong telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
  • 29hb. Januari 2011
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka di Sekolah Kesuma Mekar, Kampung Rimba Gadong oleh Yang Mulia, Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha bin Pengiran Metassan, Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Kesuma Mekar
  • 12hb. Februari 2011
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka di Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik, Jalan Kerakas Payau, Kampung Kupang, Tutong. Majlis disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Roslan bin Haji Suhaili, Penolong Pengarah, Komandant Pusat Al-Islah Biro Kawalan Narkotik.
  • 15hb.Mac 2011
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Dewan Bahasa dan Pustaka di Sekolah Ugama Kasat telah disempurnakan oleh Yang Mulia, Ustazah Hajah Hinah binti Haji Saban, Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei IV, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
  • 16hb. Januari 2012
Majlis Pelancaran Sudut Bacaan Rumah Panjang Kampung Semabat, Temburong disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam
  • 17hb. Januari 2012
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Sekolah Rendah Perpindahan Kampong Bukit Beruang II, Zon Tutong II oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nortijah binti Haji Mohd. Hassan, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
  • 18hb. Februari 2012
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Sekolah Rendah Orang Kaya Ali Wanika Setia Diraja Kupang, Tutong 1 telah dilancarkan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
  • 10hb. Mac 2012
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Sekolah Rendah Rimba II, Brunei III telah dilancarkan oleh Yang Mulia Pengiran Sarah binti Pengiran Haji Kamaluddin, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
  • 26hb. Mac 2012
Lawatan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 23hb. April 2012
Pelancaran laman sesawang Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka sempena Hari Buku Sedunia oleh Yang Mulia Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka bertempat di Balai Pameran Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan.
  • 15hb. Mei 2012
Majlis Pelancaran Pusat Perhentian Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di Sekolah Kindycare, Jalan Maulana Kuala Belait telah dilancarkan oleh Yang Mulia Awang Haji Sahari bin Haji Nassar, Ketua Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.