Government of Brunei
| LAMAN UTAMA | SEJARAH |  MENGENAI PERPUSTAKAAN | SOALAN LAZIM
line decor

 
 
MENGENAI PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
large product photo  

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah merupakan perpustakaan awam yang berperanan dalam memberikan perkhidmatan yang lengkap dan mencakupi semua bidang ilmu pengetahuan, memelihara dan menyimpan bibliografi dan khazanah negara melalui koleksi Bruneiana, menyediakan berbagai-bagai perkhidmatan peminjaman dan rujukan yang sangat luas serta berperanan sebagai pusat maklumat bagi para belia, kanak-kanak, penyelidik, penuntut-penuntut sekolah, murid-murid dan segenap golongan masyarakat untuk mencari dan menimba ilmu pengetahuan di negara ini.

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai sembilan buah cawangan seluruh negara.

  1. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Pusat (BSB)
  2. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Tutong
  3. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Belait
  4. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Temburong
  5. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Seria
  6. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Lambak Kanan
  7. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kampong Pandan
  8. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Muara
  9. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong

Carta Organisasi


Misi Perpustakaan

Memberi perkhidmatan Perpustakaan dan maklumat bagi meningkatkan budaya membaca kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui kakitangan mahir dan koleksi yang komprehensif dan terkini.

Visi Perpustakaan

Menjadi sebuah perpustakaan utama di Negara Brunei Darussalam.

Objektif Perpustakaan

  • Menggalakan dan meluaskan penggunaan buku, maklumat dan bahan perpustakaan melalui perkhidmatan Peminjaman, Rujukan dan Perpustakaan Bergerak.
  • Mendapatkan koleksi lengkap dan bahan perpustakaan lain khusus mengenai Brunei Darussalam tidak kira di mana dan tahun ianya diterbitkan.
  • Mengumpul, menyusun dan menerbitkan indeks dan bibliografi perkara.
  • Penggunaan menyeluruh komunikasi teknologi maklumat.

Kembali keatas...


Waktu-Waktu Perkhidmatan Perpustakaan


PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PUSAT (BSB)
AHAD - KHAMIS

8.00 PAGI - 6.00 PETANG

JUMAAT

8.00 PAGI - 11.30 PAGI

2.15 PETANG - 6.00 PETANG

SABTU

9.00 PAGI - 6.00 PETANG

HARI KELEPASAN AWAM

DITUTUP

.


PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA LAMBAK KANAN
AHAD - KHAMIS

8.00 PAGI - 5.00 PETANG

JUMAAT

TUTUP

SABTU

9.00 PAGI - 5.00 PETANG

HARI KELEPASAN AWAM

DITUTUP

 


PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MUARA
AHAD - KHAMIS

8.00 PAGI - 5.00 PETANG

JUMAAT

TUTUP

SABTU

9.00 PAGI - 5.00 PETANG

HARI KELEPASAN AWAM

DITUTUP

 


PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SENGKURONG
AHAD - KHAMIS

8.00 PAGI - 5.00 PETANG

JUMAAT

DITUTUP

SABTU

9.00 PAGI - 5.00 PETANG

HARI KELEPASAN AWAM

DITUTUP

 


PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA TUTONG
AHAD - KHAMIS

8.00 PAGI - 5.00 PETANG

JUMAAT

8.00 PAGI - 11.30 PAGI

2.15 PETANG - 5.00 PETANG

SABTU

9.00 PAGI - 5.00 PETANG

HARI KELEPASAN AWAM

DITUTUP

 


PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA BELAIT
AHAD - KHAMIS

8.00 PAGI - 5.00 PETANG

JUMAAT

DITUTUP

SABTU

9.00 PAGI - 5.00 PETANG

HARI KELEPASAN AWAM

DITUTUP

 


PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA TEMBURONG
AHAD - KHAMIS

8.00 PAGI - 5.00 PETANG

JUMAAT

8.00 PAGI - 11.30 PAGI

2.15 PETANG - 5.00 PETANG

SABTU

9.00 PAGI - 5.00 PETANG

HARI KELEPASAN AWAM

DITUTUP

 


PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SERIA
AHAD - KHAMIS

8.00 PAGI - 5.00 PETANG

JUMAAT

DITUTUP

SABTU

9.00 PAGI - 5.00 PETANG

HARI KELEPASAN AWAM

DITUTUP

 


PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KAMPONG PANDAN
AHAD - KHAMIS

8.00 PAGI - 5.00 PETANG

JUMAAT

8.00 PAGI - 11.30 PAGI

2.15 PETANG - 5.00 PETANG

SABTU

9.00 PAGI - 5.00 PETANG

HARI KELEPASAN AWAM

DITUTUP

Kembali keatas...


Keahlian

Keahlian adalah percuma. Terbuka keapda orang ramai. Pemohon dikehendaki mengisi borang yang telah disediakan mengikut kategori masing-masing.Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan asal dan salinan kad pengenalan.

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei menyediakan 3 kategori keahlian:

Pemohon 21 tahun ke atas.

Pemohon 12 hingga 21 tahun.

Pemohon 12 tahun ke bawah.


Peraturan Peminjaman dan Pemulangan

  1. Pengguna hendaklah menunjukkan tiket semasa meminjam buku.
  2. 5 buah buku boleh dipinjam pada satu masa dalam tempoh dua minggu.
  3. Pinjaman boleh dibuat dari perpustakaan Daerah/Cawangan/Perpustakaan Bergerak.
  4. Semua bahan yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan di mana buku tersebut dipinjam.
  5. Setiap ahli akan bertanggungjawab terhadap sebarang buku perpustakaan yang dipinjam. Sila semak bahan sebelum dibawa keluar dan laporkan sebarang kerosakan sebelum dipinjam.
  6. Buku hilang hendaklah diganti dengan buku yang sama atau bayaran wang tunai.

Kembali ke atas